PM THAILAND LAWAT SINGAPURA

Maret 18, 2008 senysingapura

Singapura : 18 Mac 2008

PERDANA Menteri Thailand, Encik Samak Sundaravej, mengadakan lawatan rasmi ke sini mulai hari ini sehingga lusa.

Lawatan tersebut dilakukan atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), ini merupakan lawatan pengenalan Encik Samak, yang juga Menteri Pertahanan negara tersebut, ke Singapura.

Lawatan pengenalan ke negara-negara Asean dibuat sejak Encik Samak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 6 Februari lalu.

Beliau telah pun melakukan kunjungan ke Kemboja, Laos dan Myanmar.

Beliau ditemani Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Jakrapob Penkair, para pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Ehwal Luar, Angkatan Diraja Thai dan Lembaga Pembangunan Sosial dan Ekonomi.

Semasa di sini, Encik Samak akan menemui Presiden S R Nathan dan Encik Lee, Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew; dan Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean.

Beliau juga akan menghadiri jamuan malam yang dihoskan Perdana Menteri.

Encik Samak turut melawat dan bersarapan di pasar Tiong Bahru hari ini.

Singapura dan Thailand menikmati perdagangan dua hala yang sihat dengan jumlah perdagangan tahun lalu mencapai $30 bilion.

Entry Filed under: Weekly News

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Laman

Kategori

Kalender

Maret 2008
S S R K J S M
    Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
 
%d blogger menyukai ini: