Singapura Rombak Barisan Kabinet

April 1, 2008 senysingapura

 29 Mac, 2008 22:27 PM

SINGAPURA, 29 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong merombak barisan Kabinetnya yang menyaksikan pelantikan Menteri baru untuk Undang-undang, Pendidikan, Tenaga Manusia dan lima dinaikkan pangkat.

Kebanyakan perubahan itu akan berkuatkuasa mulai Selasa, 1 April, menurut kenyataan akhbar oleh Lee yang dikeluarkan Kerajaan Singapura hari ini.

Kenyataan itu berkata anggota Parlimen Sembawang, K. Shanmugam akan mengambil alih tugas sebagai Menteri Undang-undang yang baru menggantikan Prof. S. Jayakumar mulai 1 Mei.

Shanmugam, pada masa yang sama juga akan memegang jawatan Menteri Kedua Dalam Negeri.

Jayakumar akan meneruskan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Dalam Negeri dan dasar asing luar negara yang meliputi kementerian berasingan, kata kenyataan itu.

Jayakumar juga akan kekal bertanggungjawab untuk isu-isu berkaitan dasar luar yang membabitkan rundingan perundangan atau tribunal antarabangsa dan terus mempengerusikan Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai perubahan iklim.

Menteri Pendidikan yang baru ialah Dr Ng Eng Hen yang sebelum ini Menteri Tenaga Manusia dan mengambil alih tugas baru itu daripada Tharman Shanmugaratnam yang akan meneruskan tugas sebagai Menteri Kewangan.

Dr Ng akan terus memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Kedua.

Menteri Negara untuk Tenaga Manusia Gan Kim Yong akan dilantik sebagai pemangku Menteri untuk Tenaga Manusia dan dinaikkan pangkat kepada Menteri Kanan Negara tetapi akan melepaskan jawatannya dalam Pendidikan.

Dr Vivian Balakrishnan yang sebelum ini Menteri Kedua untuk Penerangan, Komunikasi dan Seni dilantik sebagai Menteri Sukan, Belia dan Pembangunan Masyarakat.

Empat Menteri Negara juga dinaikkan pangkat dengan Lim Hwee Hua dilantik sebagai Menteri Kanan Negara dan mengekalkan jawatannya dalam Kementerian Pengangkutan dan Kewangan.

S Iswaran akan menjadi Menteri Kanan Negara dalam Kementerian Industri dan Perdagangan.

Grace Fu juga dinaikkan pangkat kepada Menteri Kanan Negara menerima pelantikan baru dalam Kementerian Pendidikan. Beliau akan terus berkhidmat dalam jawatannya sekarang di Kementerian Pembangunan Nasional.

Turut dinaikkan pangkat ke Menteri Kanan Negara ialah Lui Tuck Yew yang akan dilantik ke Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Seni atau MICA dan meneruskan tugasnya di Kementerian Pendidikan.

Dr Balaji Sadasivan akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kanan Negara di MICA. Beliau bagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai Menteri Kanan Negara di Kementerian Luar.

Heng Chee How akan dilantik sebagai Menteri Kanan Negara di Pejabat Perdana Menteri. Beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara di Kementerian Kesihatan.

Kali akhir Singapura membuat rombakan Kabinet ialah pada Mei 2006 selepas Lee memenangi pilihan raya pertamanya sebagai Perdana Menteri.

— BERNAMA

Entry Filed under: Weekly News

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Laman

Kategori

Kalender

April 2008
S S R K J S M
« Mar   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
 
%d blogger menyukai ini: