Singapura Dan Malaysia Tenang Dalam Melindungi Tuntutan

Mei 27, 2008 senysingapura

SINGAPURA, 26 Mei (Bernama) – Singapura dan Malaysia patut lebih tenang sekarang dalam melindungi tuntutan mereka ke atas Pulau Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah di Selat Singapura selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lepas.
“Kami patut lebih tenang sekarang dalam melindungi tuntutan kami, mengenai meningkatkan rondaan kami dan sebagainya,” mengikut laporan akhbar tempatan hari ini yang memetik Menteri Luar George Yeo sebagai berkata demikian di Yangon, Myanmar, semalam.

Semasa di negara itu, Yeo mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim pada majlis tidak rasmi sempena persidangan mengenai Myanmar tajaan Asean-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang kedua-dua mereka mewakili negara masing-masing.
“Apabila kedua-dua negara dapat sesuatu, lebih mudah menjalin perhubungan,” kata Yeo dan menambah hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia amat baik dan kedua-dua menteri berazam untuk meningkatkannya lagi.
Jumaat lepas, ICJ memberikan Singapura hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura dan Malaysia sebagai pemilik Terumbu Karang Tengah. Bagaimanapun, kedudukan terumbu karang ketiga yang dikenali sebagai Terumbu Karang Selatin tidak ditentukan oleh ICJ.
Media juga memetik Rais sebagai berkata tuntutan bertindih selama hampir tiga dekad itu telah berakhir dan penghakiman ICJ itu memberikan keputusan “menang-menang” kepada kedua-dua negara.
“Ia kemenangan kepada Singapura dan juga kemenangan kepada Malaysia kerana mendapat Terumbu Karang Tengah,” kata Rais.
Yeo juga berkata tahun ini merupakan giliran Malaysia menjadi tuan rumah acara sukan persahabatan antara Wisma Putra dan Kementerian Luar Singapura.
“Beliau (Rais) tidak main golf; saya tidak main badminton, jadi kami fikir kami akan pergi memancing. Mungkin kami akan pergi memancing antara Pedra Branca dan Terumbu Karang Tengah,” kata Yeo.
— BERNAMA

Entry Filed under: Weekly News

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Laman

Kategori

Kalender

Mei 2008
S S R K J S M
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
 
%d blogger menyukai ini: